Thursday, 9 October 2014

Fakta Menarik Tentang Fenomena Siang Dan Malam Yang Anda Perlu Tahu

Terjemahan Surah Yasin,ayat 40.
“ Matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak
dapat mendahului siang; kerana masing-masing beredar di tempat
edarannya ”
Kini baca ayat dalam bahasa Arab.
Sekarang fokus pada ayat terakhir yang berkaitan dengan terjemahan
” masing-masing beredar di tempat edarannya ”
Kita leraikan huruf arab dan lihat keajaibannya !
Huruf ini tersusun cantik dan membentuk bulatan apabila huruf yang sama
bertemu.
Sama seperti orbit yang beredar.
Subhanallah.

TIPS CARA NAK MENJIMATKAN MINYAK KERETA

Disebabkan isu harga minyak baru-baru ini . Disini saya kongsikan 20 tips berguna bagaimana nak jimatkan penggunaan minyak .


Dari segi kenderaan
1. Pilih dan beli kenderaan yang mempunyai penggunaan minyak yang rendah
Jika sudah terbeli kenderaan lain, sila baca tip yang seterusnya ini.
2. Periksa tekanan angin tayar kenderaan
Pastikan tekanan angin dalam tayar sama seperti yang dicadangkan oleh
pengeluar kenderaan anda pada carta berat dan tekanan angin di tiang
pintu kenderaan.
Tekanan angin itu mesti seimbang dengan berat kenderaan (tanpa
penumpang/dengan penumpang) dan diperiksa sekurang-kurangnya sebulan
sekali
3. Tutup air-cond apabila cuaca sejuk
Penggunaan minyak bertambah 10% apabila air-cond dihidupkan.
4. Kurangkan rintangan angin
Biasanya setiap kenderaan ada sifat bentuk aerodinamiknya yang akan
mempengaruhi kesan rintangan angin.
Tutup tingkap rapat-rapat juga membantu mengurangkan kadar rintangan
angin ketika air-cond dihidupkan.
5. Kurangkan Berat Bebanan Kenderaan
Pastikan hanya barang yang perlu sahaja ada di dalam kenderaan.
Jangan jadikan kenderaan sebagai stor kerana semakin berat kenderaan,
semakin banyak minyak diperlukan.


Dari segi pengisian minyak
1. Isi minyak pada awal pagi atau pada waktu sejuk (tidak terik matahari)
Minyak adalah cecair dan ia boleh bertukar menjadi wap ketika waktu
panas.
Jika anda perasan, kita akan nampak ketara minyak meruap dan bau minyak
yang kuat ketika di isi pada waktu panas berbanding waktu sejuk.
2. Jika terpaksa isi minyak ketika waktu panas
Jangan buka penutup minyak terlalu awal walaupun atendan pam suruh anda
buka juga penutup itu.
Pergilah lakukan pembayaran di kaunter minyak dahulu. Kemudian baru
buka penutup minyak itu dan isi minyak.
3. Kombinasi minyak 97 dan minyak 95
Penggunaan minyak 97 lebih melancarkan enjin kenderaan.
Jika selalu guna minyak 95, sesekali bolehlah isi minyak 97 agar dapat
membantu perjalanan enjin menjadi lebih lancar.
4. Isi minyak dengan perlahan-lahan
Jika anda cepat tarik toggle pump minyak itu ke tahap paling maksimum,
kemungkinan angin dan risiko meruap itu lebih tinggi
5. Isi minyak hingga tangki penuh
Isi minyak tangki penuh lebih berbaloi dan menjimatkan


Dari segi pemanduan
1. Bawa kenderaan dengan kelajuan sederhana dan konsisten.
Kelajuan yang sesuai ialah di antara 70 – 90 km/j.
Namun, pastikan mematuhi had laju bagi elak dikenakan saman pula.
Secara perbandingan, kelajuan akan menyebabkan penggunaan minyak
bertambah:
100km/j: penggunaan minyak bertambah 10%
105km/j: penggunaan minyak bertambah 15%
110km/j: penggunaan minyak bertambah 25%
2. Jangan kerap tekan break.
Elakkan brek mengejut dan brek pada jarak yang selamat.
Perhatikan situasi dan cuba perlahankan kenderaan secara beransur-ansur
(tanpa brek)
Jika sudah biasa dan tahu keadaan jalan, perlahankan kenderaan di tempat-
tempat yang anda tahu memerlukan kelajuan yang sesuai.
3. Pastikan guna gear yang betul
Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan semasa kenderaan.
4. Tukar gear rendah kepada gear tinggi dengan lebih cepat
Bunyi enjin akan kedengaran kasar jika lambat tukarkan gear rendah
kepada gear tinggi.
Keadaan ini membuatkan kenderaan perlu mengepam lebih banyak minyak
untuk menggerakkan kenderaan.
5. Panaskan enjin sebelum mulakan perjalanan
Hanya ambil masa 30 saat sahaja dengan menghidupkan enjin kenderaan
tanpa perlu tekan pedal kuat-kuat. Biarkan sahaja.


Dari segi perjalanan
1. Kenderaan CC besar tidak sesuai digunakan untuk pemanduan jarak yang
dekat
Penggunaan minyak lebih ketara tinggi berbanding ketika jalan jauh.
Minimumkan perjalanan jarak dekat.
2. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu.
Elakkan sesat jalan dan gunakan alat GPS untuk membantu anda.
3. Matikan enjin kenderaan ketika menunggu orang di dalam kenderaan.
Buka tingkap dan matikan enjin boleh membantu menjimatkan minyak kereta
anda.
Jika panas, sediakan kipas tangan atau kipas stroller anak anda.
4. Amalkan kongsi kenderaan
Contoh, pergi ke tempat kerja bersama pasangan atau rakan-rakan.
Boleh juga kongsi kenderaan ketika balik ke kampung semasa perayaan.
Jimat minyak, jimat wang dan kurang menyesakkan jalan.
5. Elak jalan dan waktu sesak
Kurangkan perjalanan semasa waktu puncak pergi kerja dan balik kerja.
Namun, pastikan masa anda yang terluang itu diisi dengan aktiviti yang
bermanfaat.


Dari segi penyelenggaraan
1. Selenggara kenderaan mengikut jadual yang telah ditetapkan
Patuhi jadual penyelenggaraan agar kenderaan anda sentiasa dalam keadaan
tip top.
Penalaan enjin yang tidak sesuai akan meningkatkan penggunaan minyak
sehingga lebih 50 peratus
2. Guna bahan rawatan minyak
Masukkan bahan rawatan minyak kerana ia dapat membantu menyuci injap
minyak dan mengelakkan injap minyak tersumbat.
3. Pastikan palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara
berkala
4. NGV pada kenderaan anda
NGV memang lebih jimat dan murah berbanding petrol.
Namun, dinasihatkan mendapat penjelasan dari pihak yang pakar sebelum
memutuskan penggunaan NGV pada kenderaan anda.
Tangki NGV akan memakan sedikit ruang simpanan kenderaan anda.
5. Pilih bengkel dan mekanik yang boleh dipercayai dan tidak mengetuk
harga servis.

30 Fakta tentang buah yang harus anda tahu :)

1. Kajian tentang pertumbuhan epal dipanggil pomology
2. Orang yang ada alahan tehadap getah (latex) mungkin juga akan alah
dengan buah kiwi
3. Buah lemon diberikan pada tentera British untuk mengelakkan penyakit
scurvy (kekurangan vitamin c)
4. Terdapat lebih 400 jenis buah kiwi di China
5. Strawberry tergolong dalam keluarga bunga ros
6. Jika anda memanaskan buah lemon sebelum memerahnya, ia akan
menghasilkan lebih banyak jus
7. Terdapat lebih 20 billion kelapa yang dihasilkan setiap tahun
8. 1/3 daripada buah nenas yang terdapat di dunia dihasilkan di Hawaii
9. California menghasilkan 1 billion pound strawberry setiap tahun
10. Buah plum Jepun sebenarnya berasal dari negara China
11. Sebatang pokok epal mampu berbuah sehingga 100 tahun
12. Terdapat lebih 1200 jenis tembikai yang tumbuh seluruh dunia dalam 96
negara
13. Orang biasa secara puratanya makan lebih kurang 65 biji epal setahun
14. Buah pear akan menghasilkan titik hitam jika disimpan dalam persekitaran
yang kurang oksigen
15. Pokok lemon yang matang mampu menghasilkan diantara 1000 hingga 2000
buah setahun
16. Buah plum tumbuh dalam semua benua di dunia kecuali Antartika
17. Bahagian dalam kulit pisang boleh digunakan untuk mengilatkan kasut kulit
18. Limau nipis bebas daripada kandungan lemak, lemak tepu, natrium dan
kolestrol
19. Kebanyakkan vitamin C yang ada pada buah pear terdapat pada kulit buah
tersebut
20. Mangga mempunyai kandungan vitamin C yang sama banyak dengan buah
oren
21. Anda boleh menggosok bahagian dalam kulit pisang pada kulit untuk
merawat gatal-gatal akibat gigitan nyamuk
22. Lebih banyak mangga dimakan setiap hari seluruh dunia berbanding buah
lain
23. Terdapat lebih kurang 10,000 jenis buah epal yang tumbuh di seluruh
dunia
24. Lemon mempunyai lebih banyak kandungan gula berbanding strawberry
25. Tambahkan setengah cawan jus lemon pada cucian anda untuk mendapat
cucian yang lebih putih berseri
26. Pisang mempunyai kandungan vitamin B-Complex yang tinggi yang dapat
membantu menenangkan sistem saraf
27. Buah pear mampu kekal hidup pada suhu serendah -40 darjah celcius
28. Jika anda menanam sebiji benih buah oren, anda mungkin akan mendapat
lebih daripada sebatang pokok
29. Mangga tergolong dalam keluarga yang sama dengan poison ivy
30. 25% daripada kandungan buah epal adalah udara. Sebab itu ia terapung di
atas permukaan air

Wednesday, 8 October 2014

Cerita Disebalik Gerhana Bulan Dan Maksud Tersirat

Setiap kali bila tibanya gerhana maka akan mundar-mandirlah Rasulullah saw dalam keadaan khuatir yang amat sangat kerana kerisauan baginda saw terhadap fenomena yg berlaku. tergambar kerisauan di wajah baginda terutama kepada para umatnya..baginda risau dengan persoalan adakah umatnya tahu bahawa gerhana itu salah satu petanda berlakunya kiamat. Setiap kali tibanya gerhana Rasulullah saw akan cepat-cepat mendirikan solat gerhana agar gerhana itu cepat berlalu kerana jika Allah SWT mengkehendaki menahan / melanjutkan tempoh gerhana itu sehingga ke tempoh yg Dia tetapkan kemudian Dia arahkan ia (bumi/matahari/bulan) bergerak setentang dgn kebiasaan maka huru haralah umat manusia kerana tertutupnya pintu taubat...itulah petanda berlakunya kiamat dan ia juga merupakan petanda kiamat besar...kerana itulah Rasulullah saw melakukan solat sunat dan menggalakkan kita melakukan solat sunat gerhana kerana biar ia cepat berlalu jangan sampai kita berjumpa dgn hari tersebut walaupun kita pasti akan melaluinya. jika org yg meninggal pada hari lain ada orang talqinkan atau orang bimbing kita tetapi tidak pada hari tersebut...kerana itulah ia juga digelar hari yg penuh huru hara...jadi jangan lupa melakukan solat sunat gerhana dan mohon agar ia berlalu dengan cepat. Tak salah menghayati kecantikkannya tetapi jangan sampai kita terleka kerana alim ulama cukup bimbang akan fenomena ini..          Jadi sama-samalah kita renungkannya akan kejadian ini malam nanti. Bukan sekadar keluar rumah dan tengok bulan, tapi hayatilah apa yang tersurat dan tersirat rahsia Allah itu. Semoga kita semua dirahmati Allah dan dimatikan dalam keadaan yang baik.

Thursday, 25 September 2014

MINDSET

"MINDSET"

Sebelum sang ayah menghembuskan nafas terakhir, dia
memberi pesan kepada kedua anaknya :

“Anakku, dua pesan penting yang ingin ayah sampaikan
kepadamu untuk keberhasilan hidupmu”

“Pertama : Jangan sesekali menagih hutang daripada sesiapa pun”

“Kedua : Jangan sesekali tubuhmu terkena terik
matahari secara langsung”

5 TAHUN BERLALU:

Sang ibu menjenguk anak sulungnya
dengan kedudukan perniagaannya yg sgt mendukacitakan.

Si ibu pun bertanya “Wahai anak sulungku kenapa kedudukan perniagaanmu demikian?”.

Si sulung menjawab : “Saya mengikuti pesan ayah bu…

Saya dilarang menagih hutang drpd siapapun
sehingga banyak hutang yang tidak dibayar dan lama²
habislah modal saya..

Pesan yang kedua ayah melarang saya terkena sinar
matahari secara langsung dan saya hanya hanya ada sebuah motorsikal, itulah sebabnya pergi dan pulang
kerja saya selalu naik teksi”.

Kemudian sang ibu pergi ke tempat si bungsu yang
keadaannya berbeda jauh.

Si bungsu sukses
menjalankan bperniagaannya.

Sang ibu pun bertanya “Wahai anak bungsuku, hidupmu
sedemikian beruntung, apa rahasianya…?”

Si bungsu menjawab : “Ini karena saya mengikuti
pesan ayah bu..

Pesan yang pertama saya dilarang
menagih hutang kepada siapapun. Oleh karena itu
saya tidak pernah memberikan hutang kepada siapapun
sehingga modal saya tetap kukuh”.

“Pesan kedua saya dilarang terkena sinar matahari
secara langsung, maka dengan motorsikal yang saya ada
saya selalu berangkat sebelum matahari terbit dan
pulang setelah matahari terbenam, sehingga para
pelanggan tahu kedai saya buka lebih awal dan tutup
lebih lewat”.

Perhatikan..
Si Sulung dan Si Bungsu menerima pesan yang SAMA,
namun masing² memiliki penafsiran dan sudut pandang
atau MINDSET berbeda.

Mereka MELAKUKAN cara yang
berbeda sehingga mendapatkan HASIL yang berbeda
pula.

Hati² lah dengan Mindset kita..

Mindset positif memberi hasil menakjubkan, sebaliknya
mindset negatif memberikan hasil menghancurkan.

The choice is yours..!

Tidur petang

Pergggghh ! Tebgun laa pula . Jam 2 pagi nie . Aduh ? Nie laa psl tdr ptg nie . Kn tgh malam terjaga . Haishhhhh ! Hm , knp aq rsa laen mcm jaa r ? Pelik laa . Rsa laen jaa . Aq pn x tau knp ? Tp mmg pelik . Tp xpa laa . Apa2 pn aq syg family aq yg berada d labuan . Kepada Atikah hamid . Aq pn sayang kau sangat-sangat dan sangat-sangat juga . Walaupun kau tak balas mesej n whatapps aq tp aq x ksah pn . Aq x pksa pn kau nk whatapps aq . Sbb aq pn dlu mcm tu jga . Hehe . Aq hrap kau jaga laa diri tu elok2 tau . Jaga kesihatan . Ingat semua pesan-pesan aku r . Aku sayang kau sangat-sangat dan sangat-sangat tau atikah hamid gemok perut buncet ketiak bushuk tembam a.k.a my kesayangan yang paling aku sayang sangat-sangat dan sangat-sangat kat dalam dunia nie ! ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Wednesday, 24 September 2014

TAZKIRAH

Tazkirah yg indah...

��JANGAN ��

Jangan menilai orang dari rupanya. Karena Rasulu llah saw melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat beliau Saidina Julaybib r.a dikejar - kejar oleh para bidadari syurga.

⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔

Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Karena seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring disebelah makam beliau iaitu Saidina Umar Al Khattab..

⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔

Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang-nya Allah(saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid.

⛔⛔⛔⛔⛔⛔

Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Karena sepatu emas fir'aun pun berada di neraka, sedangkan sandal lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga

⛔⛔⛔⛔⛔  Subhanallah...
⛔⛔⛔⛔⛔⛔
Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya, agar di setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi dengan rahmat Allah. Aamiin.