Thursday, 18 September 2014

Peringatan Bersama

Kesan Buruk Memaki Bra Dan Seluar Semasa Tidur | Artikel ini adalah artikel
informasi berkaitan pemakaian ketika tidur yang kadang-kadang kita tak ambil
berat hal ini.
Jom baca! Melepaskan pakaian dalam’ bukan bermaksud perlu tidur bogel , tidak,
ia satu tindakan sangat bahaya, jika kena gigit lipan atau nyamuk di tempat
sensitif tu pasti anda bangun pagi dibuai mimpi ngeri 2-3 hari.‘Melepaskan
pakaian dalam’ bermaksud tak perlu pakai seluar dalam, baju dalam dan apa-apa
lagi yang sewaktu dengannya.
Jadi anda boleh pakai pakaian tidur atau pakai kain pelikat/kain batik, tanpa
pakaian dalam. Ketika tidur tubuh mengalami pembaikan dan detoksifikasi
(pengeluaran racun dari tubuh). Tidur juga memberi kesempatan bagi sistem
kekebalan tubuh untuk memproduksi hormon-hormon imunitinya. Jika tidur
dengan mengenakan pakaian dalam, proses pembaikan dan pengeluaran racun dari
tubuh akan tersekat. Jadi andalah yang rugi.
Oleh kerana itu, sebaiknya ketika tidur anda dianjurkan untuk menggunakan
pakaian yang longgar atau lepaskan pakaian dalam korang ketika tidur, sehingga
dapat mempercepat dan memperlancar kerja tubuh dalam proses pembaikan dan
pengeluaran racun.
Bagi wanita, sebaiknya tidak menggunakan bra saat tidur. Penyelidik Sydney
Singer dan isterinya Soma Grismaijer pada tahun 1991 pernah menulis dalam
bukunya ‘Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer and Bras’,
menasihatkan wanita yang ingin menghindari kanser payudara harus memakai bra
dalam waktu sesingkat mungkin dan sebaiknya kurang dari 12 jam sehari. Dan
ketika tidur yang biasanya antara 6-8 jam itu, sila hindari dari memakai bra, ia
sangat bahaya untuk wanita kerana ia boleh menyebabkan kanser payudara.
“Waktu yang paling tepat untuk merehatkan payudara adalah tanpa memakai bra
ketika tidur. Jangan tidur dengan bra,” kata Sydney Singer, seperti yang tersiar
dalam chetday pada 9/3/2011. Menurut Sydney Singer, menggunakan bra terlalu
lama dapat meningkatkan suhu jaringan payudara dan wanita yang memakai bra
memiliki kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air
susu) yang lebih tinggi.
Kedua hal ini dapat mempengaruhi pembentukan kanser payudara. Selain itu,
terlalu kerap menggunakan bra atau menggunakan bra terlalu ketat juga
membahayakan kesihatan kerana boleh membatasi aliran darah ke payudara.
Sedangkan bagi lelaki, mengikut Grismaijer, sebaiknya gunakan seluar dalam yang
longgar atau jangan pakai seluar dalam langsung ketika tidur.
Ini untuk memberi kesempatan bagi testis (buah zakar) menurunkan suhunya dan
menjaga kualiti sperma agar tetap baik. Mengikut kajian itu, alat reproduksi
lelaki berada di luar tubuh dan dengan itu ia sangat dipengaruhi oleh keadaan di
sekitar dan pakaian yang digunakan seseorang.
Jika lelaki menggunakan seluar ketat atau seluar dalam terlalu lama akan
menyebabkan suhu di sekitar alat reproduksinya meningkat dan tentunya akan
mempengaruhi produksi sperma yang boleh menyebabkan lelaki itu mandul.
Testis tidak dapat berfungsi dengan baik kecuali suhunya lebih sejuk dari
bahagian tubuh lainnya. Jika suhu testis dinaikkan hingga 98 darjah F (36.67
darjah C), akan menyebabkan sperma terhenti pengeluarannya! Apa guna
menjadi lelaki hebat tanpa sperma, tanpa zuriat untuk diwariskan?
Selain itu, tidur tanpa mengenakan pakaian dalam akan melancarkan sistem
pusingan udara dalam tubuh. Sebaliknya tidur dengan mengenakan pakaian dalam
dapat membatasi aliran udara di kulit dan mengganggu pengeluaran peluh,
terutama di bagian intim baik pada wanita maupun lelaki.

No comments:

Post a Comment