1. Kalau anda dilahirkan pada 1, 10, 19 , 28 dalam mana-mana bulan, anda
adalah NO . 1
2. Kalau anda dilahirkan pada 2 , 11 , 20 , 29 dalam mana-mana bulan, anda
adalah NO . 2
3. Kalau anda dilahirkan pada 3 , 12 , 21 , 30 dalam mana-mana bulan, anda
adalah NO . 3
4. Kalau anda dilahirkan pada 4 , 13 , 22 , 31 dalam mana-mana bulan, anda
adalah NO . 4
5. Kalau anda dilahirkan pada 5 , 14 , 23 dalam mana-mana bulan, anda
adalah NO . 5
6. Kalau anda dilahirkan pada 6 , 15 , 24 dalam mana-mana bulan, anda
adalah NO . 6
7. Kalau anda dilahirkan pada 7 , 16 , 25 dalam mana-mana bulan, anda
adalah NO . 7
8. Kalau anda dilahirkan pada 8 , 17 , 26 dalam mana-mana bulan, anda
adalah NO . 8
9. Kalau anda dilahirkan pada 9 , 18 , 27 dalam mana-mana bulan, anda
adalah NO . 9
NO. 1: ♥
Anda sangat cerdik , jujur , lucu , degil , rajin , terus- terang , cemburu dalam
asas pertandingan, baik hati , peramah dan autoriti . Anda ingin mendahului
dalam apa jua keadaan . Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan , dan
tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain . Anda akan bercinta
dalam usia yang muda tapi akan berkahwin dalam usia yang matang . Anda
tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda . Malah
anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda .
Anda seorang yang kuat berbelanja . Pada masa hadapan anda adalah
Profesional dalam kerjaya yang anda ceburi . Namun terdapat juga orang
yang kecil hati dengan pencapaian anda . Anda mempunyai keluarga yang
bahagia . Pasangan ideal anda adalah NO . 4 , 6 , 8 . . .
NO. 2 :
Tak kira apa pun anda akan disukai oleh semua orang kerana anda
berperanankan bulan dan semua orang sukakan bulan . Ermm . . . bagus ! Anda
suka bermimpi di siang hari . Anda kurang berkeyakinan terhadap diri
sendiri. Jadi anda perlu membuat perubahan ke atas hidup anda . Anda
adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan
berdasarkan masa dan keadaan . Anda juga seorang yang mementingkan diri
sendiri tetapi anda mempunyai bakat dalam muzikal , seni dan komunikasi
lisan . Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar , jadi
semua orang boleh mengetahui perubahan anda . Anda boleh menjadi
Mahatma Gandhi yang ke - 2 kerana cintakan keamanan . Anda juga seorang
yang bertanggungjawab dalam keluarga . Pasangan ideal anda adalah NO. 2,
5, 9 . . .
NO. 3 :
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri , kuat
agama , dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda
mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan
kesabaran anda . Anda sangat bijak bercakap, wajah yang cantik , jadi ke
mana sahaja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada
lahir, anda perlu bekerja keras untuk berjaya . Anda juga seorang yang
menghormati orang yang lebih tua daripada anda . Bukannya senang nak
menjalinkan hubungan sama ada dari segi percintaan , kekeluargaan dan
persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka
hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di
mana ada anda akan membawa harapan , kegembiraan dan keceriaan ke
dunia ini . Pasangan ideal anda adalah NO. 6, 9 . . .
NO. 4 :
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin . Mungkin anda akan
menjauhkan orang lain daripada diri anda kerana kata - kata anda . Anda
seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain . Anda berbakat
dalam penyelidikan dan seni . Anda akan membantu ahli keluarga dan kawan -
kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang . Anda perlu
berhati- hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan
mempergunakan anda . Kawan- kawan anda akan menghabiskan masa dan
wang ringgit anda dan selepas itu menjauhkan diri daripada anda apabila
anda sudah tiada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap
seorang yang sabar dan tegas . Pasangan ideal anda adalah NO. 1, 8 . . .
NO. 5 :
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu
perkara hanya secara lisan . Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalankan
perniagaan. Namun , anda terlalu terburu - buru . Anda adalah seorang yang
humor dikalangan kawan - kawan dan ahli keluarga anda juga akan meminta
bantuan daripada anda apabila mereka memerlukannya . Anda bukan seorang
yang setia dalam hubungan percintaan . Anda suka perubahan dan
kebebasan. Anda mempunyai cita - cita seorang pengembara dan ahli silap
mata . Anda mempelajari hidup melalui pengalaman . Pasangan ideal anda
adalah NO . 1 , 2 , 9 . . .
NO. 6 :
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini . Anda tidak pedulikan apa - apa
perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda sahaja . Anda sangat
pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan . Anda seorang genius,
baik hati ( tetapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik) ,
mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua sebab yang baik akan
datang kepada anda . Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan
kawan - kawan anda . Pada pandangan mereka , anda adalah seorang yang
murah hati , peramah , adil dan saksama dan mempunyai penilaian yang
tajam . Pasangan ideal anda adalah NO. 1 , 3 , 9 . . .
NO. 7 :
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa sahaja. Anda adalah seorang
yang realistik, yakin , gembira dan merupakan seorang yang genius dalam
bidang pendidikan , muzik , seni dan nyanyian . Anda mempunyai masalah
sikap panas baran . Namun demikian , anda banyak melakukan pengorbanan
untuk keluarga . Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi
sekali sehingga kadang - kadang mengabaikan kebahagiaan sendiri. Anda
telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini . Jadi anda
seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira . Pasangan ideal anda
adalah NO . 2 . . .
NO. 8 : ♥
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat , jadi tiada orang yang
memahami anda . Kepakaran anda hanyalah menunding jari pada sesuatu
benda . Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah
ini telah menjadikan anda seorang yang lebih kuat dan tabah . Anda
memperjuangkan keadilan . Kebanyakan masa anda telah dihabiskan
bersama - sama dengan kawan - kawan . Anda seorang yang disiplin dalam
hidup, tidak berputus asa dan berani . Faktor - faktor ini telah membawa
anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan , keluarga
dan pejuang yang sangat bagus . Pasangan ideal anda adalah NO. 1, 4 . . .
NO. 9 :
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan mental . Anda
mempunyai penilaian yang sangat tajam . Anda juga adalah seorang yang
sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah seorang yang boleh menerima
cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda lakukan . Pada usia yang
muda, anda selalu bertentangan pendapat dengan ibu bapa anda . Tetapi
apabila usia anda telah semakin meningkat , anda adalah seorang anak yang
taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bidang kejuruteraan atau
perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda . Anda merupakan
model teladan kepada orang lain . Pasang ideal anda adalah NO. 3 , 5, 6. . .
Friday, 10 October 2014
KENALI DIRI ANDA DAN PASANGAN ANDA MELALUI TARIKH HARI LAHIR ANDA
PERKONGSIAN BERSAMA :)
Fakta yang perlu anda tahu
BENDA YANG ADA DALAM WALLET LELAKI
1) MyKad
2) Duit kertas atau duit syiling
3) Kad ATM
BENDA YANG ADA DALAM PURSE/TANGAN POMPUAN
1)Mykad
2)Duit
3)Kad ATM
4)Kad keahlian
5)Kad daftar klinik/hospital
6)Kad jemputan kahwin
7)Kad ucapan raya tahun 2000
8)Surat pajak
9)Resit beli kopok lekor
10)Resit beli pau kacang
11)Roti canai semalam
12)Lipstik tahun lepas
13)Buku 555
Thursday, 9 October 2014
Anda pengemar kek dan kopi ? Disini saya senarai 13 kafe yang terdapat disekitar Kuala Lumpur yang mungkin anda ingin kunjungi
1. SOULed OUT – Sri Hartamas dan Jalan Ampang (Sesuai untuk melepak
bersama keluarga)
Alamat penuh (Hartamas): 20, Jalan 28/70a, 50480 Kuala Lumpur, Sri
Hartamas.
Alamat penuh (Jalan Ampang): 187, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
2. The Good Batch – Damansara Uptown (Kafe pilihan untuk mereka yang
suka brunch)
Alamat penuh: 53, Jalan SS 21/1A, Damansara Uptown, Petaling Jaya,
Selangor.
3. Breadties – Taman Melawati (Untuk mereka yang sukakan roti-roti
segar)
Alamat penuh: 9138 Jalan Bandar 4, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur.
4. Three Little Birds Coffee – Sentul D7 dan Desa ParkCity (Terletak di
sebelah taman yang cantik)
Alamat penuh (Sentul): D7 Jalan Sentul, 51000 Kuala Lumpur.
Alamat penuh (Desa ParkCity): GF-08D, The Waterfront @ Desa
ParkCity.
5. Wondermilk – Damansara Uptown (Terkenal dengan kopi cap rusa dan
cupcake yang menyelerakan)
Alamat penuh: 41, Jalan SS 21/1a, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya,
Selangor.
6. Podgy & The Banker – Sri Hartamas (Popular sebagai tempat sarapan
pagi)
Alamat penuh: 2, Jalan Sri Hartamas 8, Sri Hartamas, 50480 Kuala
Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
7. A Pie Thing – Damansara Uptown (Pakar dalam penghasilan Pie)
Alamat penuh: 128G, Jalan SS21/35, Damansara Utama, Petaling Jaya,
Selangor.
8. Feeka Coffee Roasters – Jalan Mesui, Bukit Bintang (Terletak di tengah
tengah kawasan pelancongan KL)
Alamat penuh: 19, Jalan Mesui, Kuala Lumpur.
9. Fat Spoon – Damansara Uptown (Diusahakan oleh dua orang perempuan
bersama ibu mereka)
Alamat penuh: 73, Jalan SS 21/1a, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya,
Selangor.
10. Artisan Roast Coffee – Taman Tun Dr Ismail (Perlu cuba Mocha di sini)
Alamat penuh: 4, Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala
Lumpur, Selangor.
11. Nutmeg – Bangsar Village (Boleh pesan makanan sarapan pagi pada
waktu malam!)
Alamat penuh: UGF-28A, Bangsar Village II, 2 Jalan Telawi 1, Bangsar
Baru, 59100, Kuala Lumpur.
12. Kaffa Espresso Bar – Damansara Uptown (Paling popular di Uptown
Damansara. Cuba rasa cheesecake mereka)
Alamat penuh: 97, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling
Jaya, Selangor.
13. Wood & Steel – The Strand, Kota Damansara (Ada gadis barista cun!)
Alamat penuh: 33G, Jalan PJU 5/20E, The Strand, Kota Damansara,
Petaling Jaya, Selangor.
Fakta Menarik Tentang Fenomena Siang Dan Malam Yang Anda Perlu Tahu
Terjemahan Surah Yasin,ayat 40.
“ Matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak
dapat mendahului siang; kerana masing-masing beredar di tempat
edarannya ”
Kini baca ayat dalam bahasa Arab.
Sekarang fokus pada ayat terakhir yang berkaitan dengan terjemahan
” masing-masing beredar di tempat edarannya ”
Kita leraikan huruf arab dan lihat keajaibannya !
Huruf ini tersusun cantik dan membentuk bulatan apabila huruf yang sama
bertemu.
Sama seperti orbit yang beredar.
Subhanallah.
TIPS CARA NAK MENJIMATKAN MINYAK KERETA
Disebabkan isu harga minyak baru-baru ini . Disini saya kongsikan 20 tips berguna bagaimana nak jimatkan penggunaan minyak .
Dari segi kenderaan
1. Pilih dan beli kenderaan yang mempunyai penggunaan minyak yang rendah
Jika sudah terbeli kenderaan lain, sila baca tip yang seterusnya ini.
2. Periksa tekanan angin tayar kenderaan
Pastikan tekanan angin dalam tayar sama seperti yang dicadangkan oleh
pengeluar kenderaan anda pada carta berat dan tekanan angin di tiang
pintu kenderaan.
Tekanan angin itu mesti seimbang dengan berat kenderaan (tanpa
penumpang/dengan penumpang) dan diperiksa sekurang-kurangnya sebulan
sekali
3. Tutup air-cond apabila cuaca sejuk
Penggunaan minyak bertambah 10% apabila air-cond dihidupkan.
4. Kurangkan rintangan angin
Biasanya setiap kenderaan ada sifat bentuk aerodinamiknya yang akan
mempengaruhi kesan rintangan angin.
Tutup tingkap rapat-rapat juga membantu mengurangkan kadar rintangan
angin ketika air-cond dihidupkan.
5. Kurangkan Berat Bebanan Kenderaan
Pastikan hanya barang yang perlu sahaja ada di dalam kenderaan.
Jangan jadikan kenderaan sebagai stor kerana semakin berat kenderaan,
semakin banyak minyak diperlukan.
Dari segi pengisian minyak
1. Isi minyak pada awal pagi atau pada waktu sejuk (tidak terik matahari)
Minyak adalah cecair dan ia boleh bertukar menjadi wap ketika waktu
panas.
Jika anda perasan, kita akan nampak ketara minyak meruap dan bau minyak
yang kuat ketika di isi pada waktu panas berbanding waktu sejuk.
2. Jika terpaksa isi minyak ketika waktu panas
Jangan buka penutup minyak terlalu awal walaupun atendan pam suruh anda
buka juga penutup itu.
Pergilah lakukan pembayaran di kaunter minyak dahulu. Kemudian baru
buka penutup minyak itu dan isi minyak.
3. Kombinasi minyak 97 dan minyak 95
Penggunaan minyak 97 lebih melancarkan enjin kenderaan.
Jika selalu guna minyak 95, sesekali bolehlah isi minyak 97 agar dapat
membantu perjalanan enjin menjadi lebih lancar.
4. Isi minyak dengan perlahan-lahan
Jika anda cepat tarik toggle pump minyak itu ke tahap paling maksimum,
kemungkinan angin dan risiko meruap itu lebih tinggi
5. Isi minyak hingga tangki penuh
Isi minyak tangki penuh lebih berbaloi dan menjimatkan
Dari segi pemanduan
1. Bawa kenderaan dengan kelajuan sederhana dan konsisten.
Kelajuan yang sesuai ialah di antara 70 – 90 km/j.
Namun, pastikan mematuhi had laju bagi elak dikenakan saman pula.
Secara perbandingan, kelajuan akan menyebabkan penggunaan minyak
bertambah:
100km/j: penggunaan minyak bertambah 10%
105km/j: penggunaan minyak bertambah 15%
110km/j: penggunaan minyak bertambah 25%
2. Jangan kerap tekan break.
Elakkan brek mengejut dan brek pada jarak yang selamat.
Perhatikan situasi dan cuba perlahankan kenderaan secara beransur-ansur
(tanpa brek)
Jika sudah biasa dan tahu keadaan jalan, perlahankan kenderaan di tempat-
tempat yang anda tahu memerlukan kelajuan yang sesuai.
3. Pastikan guna gear yang betul
Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan semasa kenderaan.
4. Tukar gear rendah kepada gear tinggi dengan lebih cepat
Bunyi enjin akan kedengaran kasar jika lambat tukarkan gear rendah
kepada gear tinggi.
Keadaan ini membuatkan kenderaan perlu mengepam lebih banyak minyak
untuk menggerakkan kenderaan.
5. Panaskan enjin sebelum mulakan perjalanan
Hanya ambil masa 30 saat sahaja dengan menghidupkan enjin kenderaan
tanpa perlu tekan pedal kuat-kuat. Biarkan sahaja.
Dari segi perjalanan
1. Kenderaan CC besar tidak sesuai digunakan untuk pemanduan jarak yang
dekat
Penggunaan minyak lebih ketara tinggi berbanding ketika jalan jauh.
Minimumkan perjalanan jarak dekat.
2. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu.
Elakkan sesat jalan dan gunakan alat GPS untuk membantu anda.
3. Matikan enjin kenderaan ketika menunggu orang di dalam kenderaan.
Buka tingkap dan matikan enjin boleh membantu menjimatkan minyak kereta
anda.
Jika panas, sediakan kipas tangan atau kipas stroller anak anda.
4. Amalkan kongsi kenderaan
Contoh, pergi ke tempat kerja bersama pasangan atau rakan-rakan.
Boleh juga kongsi kenderaan ketika balik ke kampung semasa perayaan.
Jimat minyak, jimat wang dan kurang menyesakkan jalan.
5. Elak jalan dan waktu sesak
Kurangkan perjalanan semasa waktu puncak pergi kerja dan balik kerja.
Namun, pastikan masa anda yang terluang itu diisi dengan aktiviti yang
bermanfaat.
Dari segi penyelenggaraan
1. Selenggara kenderaan mengikut jadual yang telah ditetapkan
Patuhi jadual penyelenggaraan agar kenderaan anda sentiasa dalam keadaan
tip top.
Penalaan enjin yang tidak sesuai akan meningkatkan penggunaan minyak
sehingga lebih 50 peratus
2. Guna bahan rawatan minyak
Masukkan bahan rawatan minyak kerana ia dapat membantu menyuci injap
minyak dan mengelakkan injap minyak tersumbat.
3. Pastikan palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara
berkala
4. NGV pada kenderaan anda
NGV memang lebih jimat dan murah berbanding petrol.
Namun, dinasihatkan mendapat penjelasan dari pihak yang pakar sebelum
memutuskan penggunaan NGV pada kenderaan anda.
Tangki NGV akan memakan sedikit ruang simpanan kenderaan anda.
5. Pilih bengkel dan mekanik yang boleh dipercayai dan tidak mengetuk
harga servis.
30 Fakta tentang buah yang harus anda tahu :)
1. Kajian tentang pertumbuhan epal dipanggil pomology
2. Orang yang ada alahan tehadap getah (latex) mungkin juga akan alah
dengan buah kiwi
3. Buah lemon diberikan pada tentera British untuk mengelakkan penyakit
scurvy (kekurangan vitamin c)
4. Terdapat lebih 400 jenis buah kiwi di China
5. Strawberry tergolong dalam keluarga bunga ros
6. Jika anda memanaskan buah lemon sebelum memerahnya, ia akan
menghasilkan lebih banyak jus
7. Terdapat lebih 20 billion kelapa yang dihasilkan setiap tahun
8. 1/3 daripada buah nenas yang terdapat di dunia dihasilkan di Hawaii
9. California menghasilkan 1 billion pound strawberry setiap tahun
10. Buah plum Jepun sebenarnya berasal dari negara China
11. Sebatang pokok epal mampu berbuah sehingga 100 tahun
12. Terdapat lebih 1200 jenis tembikai yang tumbuh seluruh dunia dalam 96
negara
13. Orang biasa secara puratanya makan lebih kurang 65 biji epal setahun
14. Buah pear akan menghasilkan titik hitam jika disimpan dalam persekitaran
yang kurang oksigen
15. Pokok lemon yang matang mampu menghasilkan diantara 1000 hingga 2000
buah setahun
16. Buah plum tumbuh dalam semua benua di dunia kecuali Antartika
17. Bahagian dalam kulit pisang boleh digunakan untuk mengilatkan kasut kulit
18. Limau nipis bebas daripada kandungan lemak, lemak tepu, natrium dan
kolestrol
19. Kebanyakkan vitamin C yang ada pada buah pear terdapat pada kulit buah
tersebut
20. Mangga mempunyai kandungan vitamin C yang sama banyak dengan buah
oren
21. Anda boleh menggosok bahagian dalam kulit pisang pada kulit untuk
merawat gatal-gatal akibat gigitan nyamuk
22. Lebih banyak mangga dimakan setiap hari seluruh dunia berbanding buah
lain
23. Terdapat lebih kurang 10,000 jenis buah epal yang tumbuh di seluruh
dunia
24. Lemon mempunyai lebih banyak kandungan gula berbanding strawberry
25. Tambahkan setengah cawan jus lemon pada cucian anda untuk mendapat
cucian yang lebih putih berseri
26. Pisang mempunyai kandungan vitamin B-Complex yang tinggi yang dapat
membantu menenangkan sistem saraf
27. Buah pear mampu kekal hidup pada suhu serendah -40 darjah celcius
28. Jika anda menanam sebiji benih buah oren, anda mungkin akan mendapat
lebih daripada sebatang pokok
29. Mangga tergolong dalam keluarga yang sama dengan poison ivy
30. 25% daripada kandungan buah epal adalah udara. Sebab itu ia terapung di
atas permukaan air
Wednesday, 8 October 2014
Cerita Disebalik Gerhana Bulan Dan Maksud Tersirat
Setiap kali bila tibanya gerhana maka akan mundar-mandirlah Rasulullah saw dalam keadaan khuatir yang amat sangat kerana kerisauan baginda saw terhadap fenomena yg berlaku. tergambar kerisauan di wajah baginda terutama kepada para umatnya..baginda risau dengan persoalan adakah umatnya tahu bahawa gerhana itu salah satu petanda berlakunya kiamat. Setiap kali tibanya gerhana Rasulullah saw akan cepat-cepat mendirikan solat gerhana agar gerhana itu cepat berlalu kerana jika Allah SWT mengkehendaki menahan / melanjutkan tempoh gerhana itu sehingga ke tempoh yg Dia tetapkan kemudian Dia arahkan ia (bumi/matahari/bulan) bergerak setentang dgn kebiasaan maka huru haralah umat manusia kerana tertutupnya pintu taubat...itulah petanda berlakunya kiamat dan ia juga merupakan petanda kiamat besar...kerana itulah Rasulullah saw melakukan solat sunat dan menggalakkan kita melakukan solat sunat gerhana kerana biar ia cepat berlalu jangan sampai kita berjumpa dgn hari tersebut walaupun kita pasti akan melaluinya. jika org yg meninggal pada hari lain ada orang talqinkan atau orang bimbing kita tetapi tidak pada hari tersebut...kerana itulah ia juga digelar hari yg penuh huru hara...jadi jangan lupa melakukan solat sunat gerhana dan mohon agar ia berlalu dengan cepat. Tak salah menghayati kecantikkannya tetapi jangan sampai kita terleka kerana alim ulama cukup bimbang akan fenomena ini.. Jadi sama-samalah kita renungkannya akan kejadian ini malam nanti. Bukan sekadar keluar rumah dan tengok bulan, tapi hayatilah apa yang tersurat dan tersirat rahsia Allah itu. Semoga kita semua dirahmati Allah dan dimatikan dalam keadaan yang baik.