Friday, 10 October 2014

KENALI DIRI ANDA DAN PASANGAN ANDA MELALUI TARIKH HARI LAHIR ANDA


1. Kalau anda dilahirkan pada 1, 10, 19 , 28 dalam mana-mana bulan, anda
adalah NO . 1
2. Kalau anda dilahirkan pada 2 , 11 , 20 , 29 dalam mana-mana bulan, anda
adalah NO . 2
3. Kalau anda dilahirkan pada 3 , 12 , 21 , 30 dalam mana-mana bulan, anda
adalah NO . 3
4. Kalau anda dilahirkan pada 4 , 13 , 22 , 31 dalam mana-mana bulan, anda
adalah NO . 4
5. Kalau anda dilahirkan pada 5 , 14 , 23 dalam mana-mana bulan, anda
adalah NO . 5
6. Kalau anda dilahirkan pada 6 , 15 , 24 dalam mana-mana bulan, anda
adalah NO . 6
7. Kalau anda dilahirkan pada 7 , 16 , 25 dalam mana-mana bulan, anda
adalah NO . 7
8. Kalau anda dilahirkan pada 8 , 17 , 26 dalam mana-mana bulan, anda
adalah NO . 8
9. Kalau anda dilahirkan pada 9 , 18 , 27 dalam mana-mana bulan, anda
adalah NO . 9
NO. 1: ♥
Anda sangat cerdik , jujur , lucu , degil , rajin , terus- terang , cemburu dalam
asas pertandingan, baik hati , peramah dan autoriti . Anda ingin mendahului
dalam apa jua keadaan . Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan , dan
tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain . Anda akan bercinta
dalam usia yang muda tapi akan berkahwin dalam usia yang matang . Anda
tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda . Malah
anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda .
Anda seorang yang kuat berbelanja . Pada masa hadapan anda adalah
Profesional dalam kerjaya yang anda ceburi . Namun terdapat juga orang
yang kecil hati dengan pencapaian anda . Anda mempunyai keluarga yang
bahagia . Pasangan ideal anda adalah NO . 4 , 6 , 8 . . .
NO. 2 :
Tak kira apa pun anda akan disukai oleh semua orang kerana anda
berperanankan bulan dan semua orang sukakan bulan . Ermm . . . bagus ! Anda
suka bermimpi di siang hari . Anda kurang berkeyakinan terhadap diri
sendiri. Jadi anda perlu membuat perubahan ke atas hidup anda . Anda
adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan
berdasarkan masa dan keadaan . Anda juga seorang yang mementingkan diri
sendiri tetapi anda mempunyai bakat dalam muzikal , seni dan komunikasi
lisan . Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar , jadi
semua orang boleh mengetahui perubahan anda . Anda boleh menjadi
Mahatma Gandhi yang ke - 2 kerana cintakan keamanan . Anda juga seorang
yang bertanggungjawab dalam keluarga . Pasangan ideal anda adalah NO. 2,
5, 9 . . .
NO. 3 :
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri , kuat
agama , dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda
mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan
kesabaran anda . Anda sangat bijak bercakap, wajah yang cantik , jadi ke
mana sahaja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada
lahir, anda perlu bekerja keras untuk berjaya . Anda juga seorang yang
menghormati orang yang lebih tua daripada anda . Bukannya senang nak
menjalinkan hubungan sama ada dari segi percintaan , kekeluargaan dan
persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka
hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di
mana ada anda akan membawa harapan , kegembiraan dan keceriaan ke
dunia ini . Pasangan ideal anda adalah NO. 6, 9 . . .
NO. 4 :
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin . Mungkin anda akan
menjauhkan orang lain daripada diri anda kerana kata - kata anda . Anda
seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain . Anda berbakat
dalam penyelidikan dan seni . Anda akan membantu ahli keluarga dan kawan -
kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang . Anda perlu
berhati- hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan
mempergunakan anda . Kawan- kawan anda akan menghabiskan masa dan
wang ringgit anda dan selepas itu menjauhkan diri daripada anda apabila
anda sudah tiada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap
seorang yang sabar dan tegas . Pasangan ideal anda adalah NO. 1, 8 . . .
NO. 5 :
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu
perkara hanya secara lisan . Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalankan
perniagaan. Namun , anda terlalu terburu - buru . Anda adalah seorang yang
humor dikalangan kawan - kawan dan ahli keluarga anda juga akan meminta
bantuan daripada anda apabila mereka memerlukannya . Anda bukan seorang
yang setia dalam hubungan percintaan . Anda suka perubahan dan
kebebasan. Anda mempunyai cita - cita seorang pengembara dan ahli silap
mata . Anda mempelajari hidup melalui pengalaman . Pasangan ideal anda
adalah NO . 1 , 2 , 9 . . .
NO. 6 :
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini . Anda tidak pedulikan apa - apa
perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda sahaja . Anda sangat
pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan . Anda seorang genius,
baik hati ( tetapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik) ,
mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua sebab yang baik akan
datang kepada anda . Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan
kawan - kawan anda . Pada pandangan mereka , anda adalah seorang yang
murah hati , peramah , adil dan saksama dan mempunyai penilaian yang
tajam . Pasangan ideal anda adalah NO. 1 , 3 , 9 . . .
NO. 7 :
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa sahaja. Anda adalah seorang
yang realistik, yakin , gembira dan merupakan seorang yang genius dalam
bidang pendidikan , muzik , seni dan nyanyian . Anda mempunyai masalah
sikap panas baran . Namun demikian , anda banyak melakukan pengorbanan
untuk keluarga . Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi
sekali sehingga kadang - kadang mengabaikan kebahagiaan sendiri. Anda
telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini . Jadi anda
seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira . Pasangan ideal anda
adalah NO . 2 . . .
NO. 8 : ♥
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat , jadi tiada orang yang
memahami anda . Kepakaran anda hanyalah menunding jari pada sesuatu
benda . Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah
ini telah menjadikan anda seorang yang lebih kuat dan tabah . Anda
memperjuangkan keadilan . Kebanyakan masa anda telah dihabiskan
bersama - sama dengan kawan - kawan . Anda seorang yang disiplin dalam
hidup, tidak berputus asa dan berani . Faktor - faktor ini telah membawa
anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan , keluarga
dan pejuang yang sangat bagus . Pasangan ideal anda adalah NO. 1, 4 . . .
NO. 9 :
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan mental . Anda
mempunyai penilaian yang sangat tajam . Anda juga adalah seorang yang
sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah seorang yang boleh menerima
cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda lakukan . Pada usia yang
muda, anda selalu bertentangan pendapat dengan ibu bapa anda . Tetapi
apabila usia anda telah semakin meningkat , anda adalah seorang anak yang
taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bidang kejuruteraan atau
perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda . Anda merupakan
model teladan kepada orang lain . Pasang ideal anda adalah NO. 3 , 5, 6. . .

No comments:

Post a Comment