Monday, 27 October 2014

Rahsia Tangan

FAKTA! 7 RAHSIA TANGAN l Tahukah anda bahawa melalui diagnosis pada
keseluruhan tangan anda, anda boleh mengenalpasti akan penyakit yang anda
sedang lalui. Terdapat lima asas yang anda perlu ketahui melalui jari jemari
kita iaitu jari telunjuk menunjukkan usus, jari tengah menunjukkan jantung,
jari manis menunjukkan imuniti dan jari kelingking menunjukkan rahim atau
tulang belakang.
Kalau anda ingin ketahui rahsia tangan anda, sila teruskan pembacaan dan
anda akan teruja bila mengetahui rahsia tangan sebenarnya. Lepas ni
bolehlah buat penyelidikan pada tangan sendiri.



7 RAHSIA TANGAN

1) Lihat pada ruas jari jemari anda, kalau ruas jari kehitaman itu bermakna
badan anda penuh dengan racun dan toksik. Perkara tersebut juga
membolehkan badan kita mendapat sembelit.

2) Periksa tapak tangan masing-masing, kalau tapak tangan berbintik
maknanya ada masalah angin dalam badan anda.

3) Masalah tapak tangan kerap berpeluh dan lembab menunjukkan badan anda
mudah untuk diserang kanser.

4) Jika perut ibu jari berwarna biri kehijauan bermakna seseorang itu
mengalami masalah resdung, alergi dan penyakit paru-paru. Sekiranya, perut
ibu jari ada urat kehijauan dan kebiruan maknanya anda menghidapi gastrik.

5) Urat biru atau hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang
jari dan betis kaki menunjukkan seseorang itu menghadapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya.

6) Untuk wanita, cara untuk mengetahui sistem dalaman perempuan anda
ialah dengan melihat pada jari kelingking. Kalau jari kelingking anda
meruncing atau bengkok bermakna tempoh haid anda tidak teratur, masalah
keputihan, senggugut dan berkemungkinan rahim anda jatuh.

7) Lihat pada kuku, jika terdapat bulan sabit berwarna putih pada setiap
kuku jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang.
Sekiranya terdapat pada ibu jari sahaja, bermakna anda seorang yang sihat.

No comments:

Post a Comment