Kita dibesarkan dengan bermacam-macam adat dan pantang-larang. Mari
kita berkongsi pantang larang orang tua-tua dahulu bersama dengan sebab
dan apa sebenarnya di sebalik alasanya. Antaranya adalah:~
Tidak boleh lalu bawah kain jemuran
kerana - nanti pening kepala @ sakit kepala sebenarnya - takut kain jumuran
jatuh. satu hal nak cuci semula.
Tidak boleh makan berpindah tempat
kerana - takut kahwin ramai, sebenarnya - dah satu tempat makan bersepah,
takut sepah tampat lain pulak.
Anak gadis tidak boleh duduk di tangga rumah
kerana - takut lambat jodoh, sebenarnya - payah nak lalu lalang
Tidak boleh meniarap sambil lipatkan kaki ke atas
kerana - takut ayah@ibu meninggal, sebenarnya - akan sakit dada dan kaki
menjadi kebas
Anak gadis tidak boleh menyanyi sewaktu memasak
kerana - akan dapat suami tua, sebenarnya - takut masakan hangus @ tak
sedap
Lepas makan curah sedikit air minum dlm pinggan
kononnya supaya tak kering rezeki, sebenarnya nak basuh pinggan nanti
senang
Tak boleh bertindih pinggan masa makan
- takut kahwin ramai. padahal susah nak cuci banyak pinggan
Bakal pengantin tak boleh berjumpa dalam seminggu sebelum kahwin
- nanti pendek jodoh. walhal nak menambahkan kerinduan antara pasangan
pengantin.
Masuk dalam rumah sewaktu senja
- nanti disorok hantu. Sebenarnya waktu solat maghrib singkat. Takut x
sempat.
Jangan bersiul waktu malam
- takut ular masuk rumah. Sebenarnya suara siul sumbang. Janggu orang nak
tido
Jangan bukak payung dalam rumah nanti ular masuk rumah
- padahal taknak membahayakan orang dalam rumah takut tercucuk payung
Pantang larang orang tua-tua bila membuat tapai :
Masa nak bungkus, x leh bising - takut x masak
Masa nak bungkus, x leh laki ada dirumah - takut x manis dan berair
Wanita datang bulan x leh bungkus - nanti tapai jadi merah.
Masa nak bungkus, muka kena senyum - baru tapai jadi manis
Jika hendak memulakan perjalanan jauh, jangan pusing balik jika tertinggal
barang
- nanti akan mendapat musibah dalam perjalanan.
Jangan memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang,
dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan
- Bagi mengelakkan penganiayaan kepada haiwan.
Kalau pakai inai,jgn bagi ayam nampak..
kerana - x merah la inai..
Jangan mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal
lahir juga akan cacat.
-Agar menjaga pertuturan agar tidak melukakan hati orang lain.
Jangan bergaduh dengan ibu mentua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika
melahirkan anak
-Bagi menjaga kenteteraman keluarga, terutamanya apabila tinggal bersama
mertua selepas melahirkan anak.
Jangan melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau
bermata juling.
-Melihat matahari sewaktu gerhana mampu menyebabkan mata menjadi buta.
Ibu hamil tidak boleh melintas bawah ampaian, nanti anak gagap.
-Disebabkan penyidai biasa rendah, dikhuatiri ibu hamil akan tersendung
dan jatuh, dan boleh membahayakan kandungan
Dilarang (orang lelaki) kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan
-Untuk mengelakkan lelaki berkenaan ditegur makhluk halus ataupun
penunggu busut berkenaan..
Jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul
- Supaya menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak, dan tidak sopan
kalau perkakas yang digunakan untuk melapik kepala diletakkan di bawah
punggung..
Jangan bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang
- Larangan ini untuk mengelakkan bising di rumah, tambahan lagi bergendang
(dengan mengetuk lantai rumah yang dibuat dari papan) boleh merosakkan
barang-barang yang bergantung di dinding yang boleh jatuh dan pecah.
Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata engkau akan buta
(a) Untuk menjaga kesihatan mata supaya tidak menjadi kabur dan rosak
(b) mengelakkan jarum daripada tercucuk tangan
Orang lelaki baru berkhatan tak boleh pijak tahi ayam nanti anunya x
keputihan. -
- sebenarnya tak bagi budak tu jalan jalan kat luar rumah. Bila jalan, lambat
sembuh. Takut terbuka bahagian yang di potong tu ...
Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul.
- Untuk mengelak berlaku tohmahan masyarakat. Selain itu, ia bertujuan
untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam.
Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri...
Jangan tidur di rumah orang lain takut terkena ilmu.
- Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga...
Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya
dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks...
- Terdapat hadis dalam perkara ini...
Friday, 7 November 2014
Monday, 27 October 2014
Rahsia Tangan
FAKTA! 7 RAHSIA TANGAN l Tahukah anda bahawa melalui diagnosis pada
keseluruhan tangan anda, anda boleh mengenalpasti akan penyakit yang anda
sedang lalui. Terdapat lima asas yang anda perlu ketahui melalui jari jemari
kita iaitu jari telunjuk menunjukkan usus, jari tengah menunjukkan jantung,
jari manis menunjukkan imuniti dan jari kelingking menunjukkan rahim atau
tulang belakang.
Kalau anda ingin ketahui rahsia tangan anda, sila teruskan pembacaan dan
anda akan teruja bila mengetahui rahsia tangan sebenarnya. Lepas ni
bolehlah buat penyelidikan pada tangan sendiri.
7 RAHSIA TANGAN
1) Lihat pada ruas jari jemari anda, kalau ruas jari kehitaman itu bermakna
badan anda penuh dengan racun dan toksik. Perkara tersebut juga
membolehkan badan kita mendapat sembelit.
2) Periksa tapak tangan masing-masing, kalau tapak tangan berbintik
maknanya ada masalah angin dalam badan anda.
3) Masalah tapak tangan kerap berpeluh dan lembab menunjukkan badan anda
mudah untuk diserang kanser.
4) Jika perut ibu jari berwarna biri kehijauan bermakna seseorang itu
mengalami masalah resdung, alergi dan penyakit paru-paru. Sekiranya, perut
ibu jari ada urat kehijauan dan kebiruan maknanya anda menghidapi gastrik.
5) Urat biru atau hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang
jari dan betis kaki menunjukkan seseorang itu menghadapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya.
6) Untuk wanita, cara untuk mengetahui sistem dalaman perempuan anda
ialah dengan melihat pada jari kelingking. Kalau jari kelingking anda
meruncing atau bengkok bermakna tempoh haid anda tidak teratur, masalah
keputihan, senggugut dan berkemungkinan rahim anda jatuh.
7) Lihat pada kuku, jika terdapat bulan sabit berwarna putih pada setiap
kuku jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang.
Sekiranya terdapat pada ibu jari sahaja, bermakna anda seorang yang sihat.
Monday, 20 October 2014
Warkah Terbuka Untuk Mak Ayah Yang Sayang Anak.
Anda ada anak gadis.
Umurnya 14 tahun. Tktn 2.
Manis. Sedikit cantik.
B'mana budak lelaki boleh 'tackle' dia ?
Masa di sekolah - dalam dan luar kelas.
Dalam perjalanan rumah-sekolah-rumah
Kecuali mak-ayahnya hntar dia.
Barangkali petang - aktiviti ko-K
Mungkin 2-3 kali seminggu ke tuisyen.
Atau tika aktiviti hujung minggu di sekolah.
Ternyata terbatas. Memang terhad.
Syabas anak anda terkawal.
Tetapi kini tidak lagi. Sepanjang masa
Anak gadis anda terdedah
Hampir anytime
Hampir anyday
Hampir anywhere :
Mana-mana budak, remaja, malah dewasa lelaki boleh hubungi dan berbicara dgn anak gadis anda tanpa anda ketahui. Yes, yes, yes. That's true. Very true.
Sampai ke bilik tidurnya
Sampai jam 12 tengah malam
Sampai boleh berbicara bersemuka
Sampai boleh lontar ayat2 pujuk rayu
Sampai boleh pujuk dia tunjuk semua yg ada pada dirinya termasuk yg sesulitnya
CUMA tak boleh sentuh dan pegang
Tak apa itu lain kali "bisa diatur"
Bagaimana semua boleh berlaku ? Mudah saja. Puncanya kerana "sayang" anak !!
Anak 14 tahun.
Malah ada yang 11, 12 tahun sudah diberikan Samsung, Lenovo, Asus, Oppo, Sony ... malah i-Phone. (Maaf Nokia 3310 tak main la !)
Asal berinternet
Asal berselfie
Asal berFB
Asal berWhatsApp
Asal berWeChat
Asal bertelegram
Asal berinstagram
DAN ASAL MAK-AYAH
Beli telefon pada anak tapi ...
-- tak pernah pantau
-- tak tahu pantau
-- tak ada masa nak pantau
Maka tunggulah saatnya.
Bukan dia pandai2. Tidak.
Dia terikut kawan.
Dia belajar dari kawan.
Lambat laun pasti menyesal
Anak itu kini boleh dan akan:
-- masuk video lucah
-- anak p'puan tengok kemaluan lelaki
-- anak lelaki tengok kemaluan p'puan
-- tonton video lucah tengah beraksi
-- nampak semua jenis aksi
-- seks lelaki sama p'puan
-- seks p'puan sama p'puan
-- terima video dihantar orang lain
-- kekadang dia juga hntr kat orang lain
Itu belum masuk:
-- foto berahi
-- cerita berahi
Anak yg tersangkut fenomena ini
Lupa sasaran.
Lupa pelajaran.
Ditakuti lupa Tuhan.
Bagi telefon KONONnya
-- anak senang contact ibubapa
-- ibubapa mudah contact anak
-- takut ada kecemasan
-- anak nak bicara hal pelajaran dgn rakan
KONON ... itu tidak lagi berlaku kini.
Kalau setelah baca setakat ini
Masih relaks, tak rasa risau, bimbang dan takut anaknya memiliki handphone ... entahlah I'm dumbfounded.
Mak ayah fikir 19 kali sebelum:
- izinkan anak miliki handphone
- berkata "tak apa" anak aku tak camtu
Sayang anak ... kawal
Sayang anak ... tegas
Sayang anak ... renung dalam posting ini
Berhati2lah wahai semua ibu-ibu...inilah dia jerat kuffar untuk merosakkan umat Islam supaya menjadi ZERO Iman....tiada lagi ruh dan jiwa sebagai seorang Mu'min..
Sunday, 12 October 2014
Rahsia Surah Al-fatihah
Assalamualaikum dan selamat pagi semua . Macam banyak sangat follower and view kat blog aku nie . Hehe . Nampak tak ayat baku kat sana ? Pagi nie aq nk kongsikn rahsia surah al-fatihah yg mngkn ada sesetengah org yg mengetahui dn x ketahui . Berikut adlh rahsia yg dimaksudkn .
1 – AL-FATIHAH – Baca 14 kali sebelum tidur . Suami dan anak-anak akan
mengingati kita selalu. Begitu juga bagi suami.
2 – AL-FATIHAH – Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air
mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman .
3 – AL-FATIHAH – Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali
sebelum tidur Kepada orang berpenyakit mental.
4 – AL-FATIHAH – Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca
sambil mengusap kawasan yang rasa sakit- Sakit yang keterlaluan.
5 – AL-FATIHAH – Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka
menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa.
6 – AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-
langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah,
sengat lebah, jari terkepit di pintu.
DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA
ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN
PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA. INSYAALLAH.
NOTA : Marilah kita sama-sama amalkan. Yang baik kita ambil
sebagai panduan dan yang buruk kita jadikan ia pedoman supaya tidak
mengulangi kesilapan yang lalu pada masa hadapan.Wallahualam bi sawab.
Friday, 10 October 2014
10 Kejadian Misteri Dan Aneh Dunia Yang Tidak Pernah Dirungkai
Ada banyak kejadian aneh dan misteri yang tak dapat dijelaskan dengan akal
normal. Secara ilmiah sukar dihuraikan, mungkin melalui kejadian supernatural.
Artikel ini bukan dimaksud membahaskan kejadian aneh tersebut, tapi kejadian-
kejadian ini benar-benar terjadi dan sampai sekarang tak mampu dijelaskan
sebab musababnya. Bahkan FBI juga telah angkat tangan atau ‘menyerah’ dan
masuk dalam ‘X Files’.
Berikut 10 kejadian aneh dan misteri dari berbagai pelusuk dunia, perkara aneh
yang terjadi di dunia :
Kejadian Misteri Dan Aneh
1. Rumah Hantu The Amityville
Anda pernah menonton filem horror Amityville House? Tahukah Filem yang
diangkat dari novel horror karangan George dan Kathy Lutz, begitu
menyeramkan ketika ditayangkan di pawagam.
Tapi tahukah anda bahawa sebenarnya semua kejadian horror itu adalah kisah
benar. George dan Kathy menulisnya dalam novel berdasarkan kejadian
sebenarnya yang kemudian diangkat ke pawagam. Orang percaya apenulis
sebenarnya adalah orang yang mengalami kejadian tersebut.
Kisah rumah berhantu itu berlaku pada tahun 1975 ketika pasangan suami isteri
pindah ke sebuah rumah di Amityville, New York. Pasangan baru pindah ini tidak
tahu bahawa rumah itu pada 13 tahun sebelumnya pernah terjadi peristiwa
mengerikan. Anak lelaki pemilik rumah telah menembak mati semua keluarganya
yang berjumlah enam orang. Semasa ditangkap, dia mengaku, membunuh kerana
arahan suara yang bermain-main di kepalanya.
Tapi anehnya, keenam korban di temui tertelungkup di tempat tidur mereka.
Mereka nampak tidur seperti biasa, tidak ada tanda bahawa mereka sebelumnya
minum ubat penenang. Ini memang menjadi misteri yang aneh. Sementara pelaku
Ronald DeFeo disumbatkan ke penjara di New York dan terpenjara di sana
sehingga mati.
Berbalik kepada keluarga baru pindah ke rumah horror itu. Selama 28 hari di
sana, banyak kejadian misteri dan mengerikan dialami pasangan ini. Bukan hanya
bau busuk yg tiba-tiba datang, atau suara ketukan yang bising, tapi juga
serangan fizikal yang tidak diketahui siapa pelakunya.
Malah salah seorang anggota keluarga melihat nampak lembaga menyeramkan
dengan mata merah bersinar. Kathy menemui sebuah ruang kecil, anjing tidak
mahu dekat ke sana. Ada apakah?
2. Misteri Kematian Mary Reeser
Ini kejadian luar biasa yang sehingga kini tidak boleh dijelaskan oleh akal normal.
Mary Reeser, lahir pada 1881, ditemui hampir seluruh badannya hangus dijilat api
di rumahnya di Florida pada 1951.
Tapi anehnya, walaupun seluruh tubuhnya rentung, kaki kirinya tidak dijilat api
dan normal tanpa cacat sedikitpun. Ini tentu sangat mustahil. Lebih aneh lagi,
seolah-olah api hanya mensasarkan tubuh Mary Reseer saja. Kerana ruangan di
sekitarnya tempat dia ditemui, sama sekali tidak terbakar. Padahal dianggarkan
suhu api begitu tinggi sama dengan kremasi mayat, dan sepatutnya menyambar
ke seluruh ruangan bukan hanya tubuh wanita itu.
FBI telah datang untuk melakukan penyelidikan, forensik pun ikut ambil bahagian
dalam siasatan itu, tapi tidak boleh memberi jawapan kenapa boleh terjadi
demikian.
“Saya merasa sukar percaya hal ini. Tubuh manusia yang terbakar dengan suhu
tinggi, boleh hanya tinggal kaki yang normal tak terbakar sedikitpun.
Apa sebenarnya yang terjadi pada malam 1 Julai 1951 itu? Ini sungguh suatu
misteri. Seharusnya seluruh ruangan ini hangus terbakar. Ini adalah kejadian
paling luar biasa yang pernah saya lihat.
Rambutnya pendek dengan wajah seperti orang ketakutan amat sangat. Saya
merasa seperti tinggal di abad pertengahan, di mana orang banyak berbicara
tentang sihir dan ilmu hitam,” ungkap Profesor Krogman dari University of
Pennsylvania’s School of Medicine. Ia mengaku tak mampu menjelaskan misteri
ini.
3. Misteri Jejak Syaitan Berkeliaran di Devon
The Devil’s Footprints adalah nama yang diberikan untuk sebuah fenomena yang
aneh terjadi di Devon, Inggeris pada tanggal 8 Februari 1855. Setelah salji yang
turun di malam hari, keesokannya muncul jejak-jejak kaki di salji berukuran 1,5
inc (4 cm) dan lebar 2,5 inc (6,35 cm).
Jejak-jejak itu bertebaran di seluruh kampung. Bukan hanya itu jejak -jejak itu
juga ada di atap bahkan di dinding bangunan yang tinggi.
Penduduk kampung menjadi hairan, risau dan tak mengerti fenomena apa itu.
Kerana tak jelas, orang pun mulai berfikir tentang makhluk aneh malah mungkin
syaitan yang berkeliaran di kampung mereka. Itu sebabnya muncul istilah Devil’s
Footprint.
4. Misteri Zana ‘Manusia Purba’
Kejadian aneh ini terjadi pada abad pertengahan, sekitar abad 18. Ochamchir,
seorang pemburu di wilayah Georgia ketika itu masih berada dalam Kesatuan
Soviet.
Pemburu ini menangkap seorang perempuan liar di mana lengan, kaki dan jari
ditutupi rambut tebal. Perempuan aneh ini diberi nama Zana.
Memandangkan liarnya, untuk menenangkannya pada awalnya dia terpaksa
dikurung selama bertahun-tahun dengan makanan yang dilemparkan kepadanya.
Setelah ia tenang, barulah Zana dibebaskan dan diajar mengerjakan perkara-
perkara ringan. Seperti menggiling jagung, dll.
Uniknya, Zana memiliki daya tahan tubuh yang tinggi lebih dari manusia biasa.
Dia tahan pada cuaca sejuk luar biasa, namun dia tidak tahan pada udara panas
dalam ruangan.
Dia sangat suka makan buah anggur dan tanaman menjalar. Dia banyak minum
dan boleh tidur berjam-jam. Yang anehnya, dia boleh memiliki banyak anak
dengan ayah yang berbeza-beza.
Tapi kebanyakan anak-anaknya mati kerana Zana memandikan mereka di sungai
sejuk yang hampir beku. Penduduk kampung khuatir dengan sifat aneh Zana, dan
mereka pun mengambil anak-anaknya menjauhi ibunya.
Anak-anak Zana tidak seperti ibunya, mereka membesar seperti manusia biasa
dan mereka juga telah dijadikan anak angkat oleh beberapa penduduk desa.
Zana meninggal dunia di kampung itu tahun 1890 dan anak bungsunya meninggal
1954.
Kisah ini merupakan hasil pengkajian Professor Porchnev yang menemuramah
orang-orang tua di kampung itu. Zana juga memiliki banyak cucu. Mereka
berkulit gelap.
Salah seorangnya adalah Shalikula, ia memiliki gigi yang kuat sehingga ia dapat
mengangkat sebuah kursi dengan seorang lelaki duduk di atasnya.
Pengkajian tentang Zana menghasilkan dugaan bahawa wanita aneh itu merupakan
bentuk evolusi manusia yang belum sepenuhnya berubah menjadi manusia moden.
The Mad Gasser dari Mattoon adalah nama yang diberikan kepada orang berada
di balik serangkaian serangan gas yang terjadi di Botetourt County, Virginia,
pada awal tahun 1930an, dan di Mattoon, Illinois, pada pertengahan tahun 1940-
an.
Kejadian pertama terjadi di rumah Cal Huffman, di Haymakertown, Botetourt
County, di mana terdapat tiga serangan dilaporkan selama satu malam.
Sekitar 10:00 pada 22 Desember 1933, Ibu Huffman melaporkan bau bau yang
tidak biasa, dan dengan menyebabkan rasa mual. Bau yang mual dan kembali lagi
sekitar 10:30, Cal Huffman kemudian menghubungi polis.
Ketiga serangan terjadi sekitar 1:00, pada masa itu serangan gas memenuhi
seluruh rumah. Lapan anggota keluarga Huffman telah mati bersama dengan
Ashby Henderson, seorang tetamu yang juga tinggal di rumah itu.
Berikutnya yang tercatat di Cloverdale insiden terjadi pada 24 Desember.
Clarence Hall, isterinya, dan dua anak-anak mereka baru pulang dari gereja
9:00 Mereka pun lemas.
Polis menyiasat kawasan ini, menemui paku yang diambil dari belakang jendela, di
mana bau gas sangat kuat. Diduga, lubang itu digunakan untuk memasukkan gas
ke dalam rumah itu.
Kejadian ketiga pada 27 Desember, di mana penduduk Troutville, A. Kelly dan
ibunya dilaporkan mengalami keadaan yang sama seperti tempat Huffman dan
Hall.
Insiden keempat dan kelima terjadi pada 10 Januari, ketika Mrs Moore, seorang
tetamu di rumah penduduk Haymakertown Homer Hylton melaporkan mendengar
suara di luar, sebelum gas dimasukkan ke rumah mereka melalui jendela yang
rosak. Kedua serangan malam yang dilaporkan dalam Troutville, di rumah Kinzie
G.
Terdapat juga 10 tempat lain yang dilaporkan di Botetourt dan dalam 10 tahun
kemudian, lebih dari 20 tempat baru dilaporkan di Mattoon.
Salah seorang saksi mengatakan, dia melihat pelaku penyebar gas itu adalah
seperti seorang wanita bertubuh tinggi kurus, berpakaian seperti seorang lelaki
namun tapak kakinya milik seorang perempuan.
6. Misteri Lampu Hantu di Bridgewater Triangle
Bridgewater Triangle merupakan wilayah sekitar 200 mil persegi (520 km2) di
tenggara Massachusetts, Amerika Serikat. Sejak masa penjajah, daerah itu
dikenali sebagai daerah yang mempunyai banyak misteri yang sukar dijelaskan.
Berbagai laporan tentang daerah itu sempat dicatat di antaranya tentang
fenomena Poltergeists dan orbs, bola api yang tiba tiba jatuh di sana dan juga
fenomena hantu.
Berita yang beredar tentang nampaknya ‘bigfoot’, ular raksasa, burung raksasa,
serta ditemui banyak sisa sisa binatang ternak, dll. Polis dan wartawan telah
berusaha mengungkap kejadian-kejadian aneh di sana.
Kawasan itu menjadi sangat misteri dan tak didekati sehingga dipanggil
Hockomock Swamp, yang berarti ” jiwa dwell”, atau penduduk setempat
menyebutnya sebagai “The Devil’s Swamp”
Salah satu fenomena yang terkenal terjadi di daerah itu adalah munculnya
cahaya berkelap-kelip dari rawa-rawa di sekitar situ. Orang menyebut kelip
kelip itu sebagai lampu hantu yang biasanya terlihat di daerah berawa.
Fenomena lampu hantu itu terus muncul di sekitar Bridgewater Triangle. Lampu
aneh itu juga muncul setiap Januari di sekitar rel keretapi yang melintasi daerah
itu.
7. The Clapham Wood Mystery
The Clapham Wood Mystery adalah nama yang diberikan terkait dengan
peristiwa-peristiwa aneh yang terjadi di Clapham Wood, West Sussex, Inggeris.
Peristiwa-peristiwa itu merupakan laporan dari warga setempat yang mengalami
fenomena aneh itu. Misalnya, binatang peliharaan keluarga yang hilang secara
tiba-tiba atau orang yang tiba-tiba meninggal tanpa sebab.
Sejak 1960 dilaporkan di kawasan itu sempat terlihat adanya benda terbang aneh
(UFO?), juga masyarakat yang tiba tiba merasa suatu yang aneh dan ghaib.
Jalur yang dilaporkan misteri adalah jalur menuju hutan. Dari hasil kajian
diperoleh bahawa daerah itu memiliki tahap radiasi tinggi. Laporan ini
mengejutkan, kerana daerah tersebut merupakan daerah batu kapur yang
biasanya rendah radiasi.
Dalam foto, pada awalnya masih kelihatan pokok-pokok tinggi dan besar. Namun
akibat ‘depresi’ pokok-pokok itu mati. Kini sangat sukar mencari pokok pohon
besar di sana.
Dilaporkan ada empat kematian misteri berhampiran hutan. Pertama Jun 1972
dimana seorang polis, Peter Goldsmith hilang semasa hiking di daerah itu.
Mayatnya telah ditemui 6 bulan kemudian.
Kematian yang kedua adalah dari Leon Foster, mayat yang telah ditemui pada
Ogos 1975, setelah 3 bulan hilang.
Yang ketiga adalah kematian dari Reverend Harry Neil Snelling, mantan wakil dari
Clapham. Dia menghilang pada Oktober 1978 dan mayatnya tidak ditemui
sehingga 3 tahun kemudian. Kejadian di Clapham ini hingga kini tak dapat
dijelaskan.
8. Misteri Rumah Hantu Summerwind
Summerwind Mansion, sebelumnya dikenali sebagai Lamont Mansion, merupakan
gudang di pantai Barat Teluk Vilas di Lake County, North East Wisconsin.
Daerah itu merupakan salah satu daerah paling keras di Wisconsin.
Keadaan gudang ini kini sepi dan terbiar. Keadaan ini berlaku kerana pernah
terjadi kebakaran besar di daerah itu yang nyaris memusnahkan semua gudang di
sana.
Summerwind pada awalnya dibangun pada awal abad ke-20 untuk kegunaan para
nelayan. Pada 1916 telah dibeli oleh Robert P. Lamont, yang bekerja sebagai
arkitek di perusahaan Tallmadge and Watson.
Kemudian dia mengubahsuai gedung itu dan tinggal di sana. Namun sebelumnya ia
sudah diperingatkan bahawa gedung itu keras.
Tapi dia tidak percaya sehingga akhirnya dia sendiri bertemu dengan ‘penunggu’
rumah itu. Kejadian itu terjadi era 1930, Lamont melihat hantu di dapur
rumahnya, membuat dia tergesa-gesa meninggalkan rumahnya itu.
Setelah kepergian Lamont, rumah itu dibiarkan kosong dan terbengkalai.
Tahun 1970-an, pasangan suami isteri, Arnold dan Ginger Hinshaw membeli
rumah itu dan tinggal bersama empat anaknya. Sejak mula tinggal, keluarga ini
kerap diganggu berbagai kejadian aneh.
Hinshaws melaporkan sejumlah kejadian aneh, mulai dari bayangan yang bergerak
dari bawah ke atas dengan suara perlahan dan berhenti ketika mereka masuk ke
bilik, atau jendela yang tiba-tiba terbuka sendiri. Mereka melaporkan beberapa
kali melihat hantu wanita di sekitar ruang makan.
Mungkin kerana tidak tahan tekanan, dalam waktu enam bulan setelah pindah ke
Summerwind, Arnold jatuh sakit dan Ginger , isterinya, cuba bunuh diri.
Akhirnya Arnold masuk ke hospital, sedang Ginger pindah dengan orang tuanya
di Granton, Wisconsin.
Pada bulan Jun 1988, Summerwind beberapa kali terkena petir yang menyebabkan
munculnya api dan membakar rumah. Sehingga banyak bahagian gedung itu rosak
teruk.
Yang anehnya, petir menyambar berkali-kali, padahal di sekitarnya banyak pokok
tinggi melebihi gedung itu tapi sama sekali tidak disambar petir.
Pada masa ini gedung itu tak wujud lagi hanya sisa tinggalan rumah yang tak
dijaga.
9. Hopkinsville Goblins : Munculnya Makhluk Aneh Bercahaya
Kejadian Hopkinsville Goblins dikenali sebagai kawasan teraneh dalam sejarah
benda-benda terbang yang pernah ada. Kejadian ini terdokumentasi dengan baik.
Kejadian ini berlaku berhampian bandar antara Kelly dan Hopkinsville, Kentucky,
pada 21 Ogos 1955 malam hingga pagi.
Munculnya benda terbang aneh dalam tempoh yang lama, ada banyak saksi yang
melihatnya. ” Beberapa saksi mengatakan, benda-benda itu terbang terlihat
beberapa jam, memanjang sepanjang malam hingga pagi.
Mereka melihat nampak makhluk-makhluk bercahaya yang tingginya tiga kaki.
Saksi melihat lengannya mengeluarkan api yang ditembakkan ke atas.
Pada malam 21 Ogos, 1955, Billy Ray Taylor mengundang teman-temannya gi
untuk makan malam. Ketika menengok ke atas, mereka melihat ada cahaya aneh
di langit sebelah barat.
Kumpulan ini juga melihat makhluk terang tingginya setengah kaki berkepala
besar, telinga lebar dan mata bercahaya. Tangannya mengeluarkan api.
Makhluk itu mendekati rumah Taylor sampai berjarak 20 kaki. Orang-orang yang
melihat mengambil kamera dan bersiap-siap menggunakannya. Namun makhluk itu
kemudian melarikan diri ke arah kegelapan malam.
Setelah itu, semua anggota keluarga berulang kali melihat nampak makhluk itu
yang sepertinya bergerak menuju rumah mereka. Ini memang cerita aneh. Untuk
lebih jelas anda boleh membaca artikel lengkapnya di Wikipedia.
10. Manusia Kadal dari Scape Ore Swamp
Kejadian ini terjadi di kawasan berawa di daerah Lee Country, Carolina Selatan.
Makhluk aneh yang digambarkan memiliki tinggi 7 feed atau lebih dari 2 meter,
berbadan tegap dengan kulit yang bersisik berwarna hijau muncul di sana.
Matanya menyeramkan sebesar jeruk glowing. Makhluk itu memiliki tiga jari pada
tangan dan kakinya. Orang menyebutnya makhluk kadal dari rawa.
Laporan pertama tentang kewujudan makhluk itu disampaikan oleh Christopher
Davis, 17 tahun, penduduk setempat. Ia mengatakan, makhluk yang ditemui pada
masa membawa kenderaan melalui perbatasan Scape Ore Swamp.
Kebetulan pada masa itu keretanya mengalami masalah sehingga ia terpaksa
berhenti untuk dibaiki. Ketika kereta selesai dibaiki, dia mendengar suara di
belakangnya.
Semasa berpaling, betapa terkejutnya dia melihat makhluk aneh sedang berjalan
menuju dirinya. Davis mengaku, makhluk itu cuba menyerang keretanya, dengan
melompat di atas bumbung kereta.
David berusaha lari . Sampai di rumah, di lihatnya kaca cermin keretanya telah
hancur, kerosakan juga pada bumbung kereta.
Beberapa bulan yang sama, muncul laporan hampir sama dengan kejadian dialami
David. Dilaporkan, mahluk itu mirip kadal raksasa berada di dekat rawa.
Sebahagian besar laporan mengatakan kejadiannya sekitar 3 mil atau 5 km dari
Bishopville atau di sekitar dari rawa-rawa.
Dua bulan kejadian, beberapa polis melakukan siasatan dan ditemui jejak tapak
kaki berukuran 14 inc panjangnya. Lalu polis menghantar laporan itu kepada FBI
untuk siasatanlebih lanjut.
Namun analisa FBI menemui jalan buntu, hingga sekarang tak jelas, makhluk
apakah yang berperawakan mirip kadal itu. – sumber
50 Fakta Tentang Lelaki Yang Wanita Perlu Tahu
Mari kita baca apa fakta yang
menarik tentang lelaki nih, ada yang yang betul ada yang tak betul, mungkin.
Selamat membaca.
1- Lelaki tidak mencari perempuan yang cun. Tapi mereka lebih suka perempuan
yang kemas dan rapi.
2-Lelaki benci tengok lelaki lain mengurat.
3-Lelaki boleh suka seseorang awek dan kemudian lupa kat awek tu dalam masa 1
minit.
4-Bila lelaki kata dia tak faham, maksudnya anda tidak berfikiran seperti dia.
5-Apa kau sedang buat? “Atau” Kau sudah makan? “Adalah soalan pertama
yang biasa seorang lelaki tanya dalam telefon untuk menghilangkan gagap.
6- Lelaki boleh mengurat sepanjang hari tetapi sebelum mereka pergi tidur,
mereka sentiasa akan memikirkan tentang gadis yang mereka benar-benar
sayangi.
7-Apabila seorang lelaki benar-benar suka kat anda, dia akan mengabaikan
semua ciri-ciri yang buruk anda.
8-Lelaki suka gila dengan senyuman seorang gadis.
9-Lelaki akan berbuat apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis.
10-Lelaki benci bila anda bercakap tentang ex-bf anda.
11-Apabila lelaki mahu bertemu dengan ibu bapa anda. Biarkan mereka. …Tak
akan berani punya
12-Banyak yang lelaki ingin bagitahu anda tapi tak dapat.
13-Lelaki menangis!!
14-Jangan cuba mencetuskan nafsu lelaki. Percayalah.
15-Lelaki jarang berangan dan berharap terlalu banyak.
16-Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah reject
mereka, sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.
17-Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tiada patah balik lagi.
18-Memberikan seorang lelaki ayat gantung,akan menjadikan mereka membuat
kesimpulan yang jauh dari apa yang anda fikir.
19-Lelaki suka bila perempuan menyentuh tangan mereka.
20-Lelaki biasanya tergagap-gagap apabila mereka bercakap dengan seorang
gadis mereka sangat suka.
21-Lelaki tidak suka dengan gadis yang overreacting.
22-Lelaki lebih sayang anda daripada anda menyayangi mereka HANYA JIKA
mereka serius dalam perhubungan.
23-Jika seorang lelaki mengatakan anda cantik, dia suka kat anda.
24-Anda boleh sentuh mereka tapi BUKAN rambut mereka!
25-Lelaki mendapatkan nasihat bukan dari lelaki tetapi dari perempuan.
26-Anda boleh mengatakan bahawa seorang lelaki itu baik jika anda melihat dia
mengerjakan solat kadang-kadang.
27-Jika seorang lelaki tiba-tiba ajak anda keluar, tanya dia mengapa.(mesti
tergagap2 dia nk jawap jika dia 1st date)
28-Seorang lelaki benar-benar sakit hati atau dalam kesakitan apabila dia
menangis di hadapan anda!
29-Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari buku-buku romantik macam yang
perempuan buat.
30-Jika seorang lelaki sanggup melepaskan anda, dia benar-benar mencintai
anda.(fakta nie betul)
31-Berhati-hati! Lelaki boleh membuat menaburkan gosip ke separuh daripada
muka bumi lebih cepat daripada perempuan.
32-Kelemahan lelaki ialah di ‘atas’ lutut.
33-Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.
34-Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilatnya kasut mereka.
35-Apabila masalah timbul, seorang lelaki biasanya relax jer tetapi sudah
memikirkan jalan keluar.
36-Seorang lelaki yang menjaga rupa paras tidak pandai membaiki apa-apa
benda.
37-Apabila seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar
suara anda walaupun hanya untuk satu malam, jangan percaya! Dia juga
memberitahu kata benda yang sama kat perempuan lain.
38-Lelaki lebih senang hati apabila seorang gadis bersumpah.
39-Kebanyakan lelaki benci gay!
40-Gadis- gadis yang mandi dalam minyak wangi akan lebih menangkis daripada
menarik lelaki.
41-Lelaki sayang ibu mereka.
42-Seorang lelaki mempunyai lebih banyak masalah daripada apa yang anda
boleh lihat.
43-Lelaki lebih suka bercakap berbanding perempuan terutamanya apabila topik
tentang perempuan.
44-Apabila seorang gadis mengatakan “tidak”, seorang lelaki mendengar sebagai
“cuba lagi”.
45-Lelaki tidak dapat menerima kenyataan “Diamlah” dengan begitu baik.
46-Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar mahu hingga dia
benar-benar jelas.
47-Lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan tengahari hanya untuk
mendapatkan beberapa bunga ros.
48-Lelaki mudah mengalah pada tanda pertama rejection.
49-Ia baik untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda
mempercayainya. Tetapi jangan biarkan dia menunggu lama.
50-Jangan berat sebelah. Cuba mengasihi seorang lelaki dengan adil dan anda
akan terkejut dengan kesetiaan mereka.(betul sangat nie)