Sunday, 30 November 2014

Cara untuk melihat makhluk halus ataupun hantu . Jangan percaya 100% . Semua ini ketentuan Allah

Cara Pertama
1)      Korang ambik wuduk dulu
2)      Korang ambik Al-Quran
3)      Korang cari Surah Al-Jinn
4)      Korang baca sampai habis dengan
tajwid yang betul dan niat dalam hati
nak tengok.
5) Ulang sampai korang rasa kehadiran
‘sesuatu’ then tengok la sampai korang
puas hati.



Cara Kedua:
- Berdiri dan menghadap kiblat..
- Rehatkan badan dan lemahkan segala anggota
badan anda. Rileks…
- Selawat 3x
- Kosongkan minda dan baca surah Al-Fatihah 7
kali dan tumpukan pada bahagian tengah
kening
- Anda akan merasa tangan anda terangkat
dengan perlahan2 dan menunjukkan ke satu
arah..
- Turutkan saja arah tangan bergerak... dan
buka mata utk melihat..hehe



Cara ketiga:
- Semasa mandi mayat, air mayat melimpah
turun kan?Ha, sila tengok celah kangkang anda
kepada air mayat tadi. Kalau malu orang
nampak, ambil air mandian jenazah tersebut
dan sapu di kedua-dua kening...
- Berdiri ditengah2 hutan pada tengah malam
dan baca ayat pertama surah Al-Jin 7 kali
sambil pejam mata anda. Lepas tu bukak mata
dan pandang tepi anda.hehe..
Cara paling mudah: (untuk wanita)
- Ketika anda period, amalkan sikat rambut
anda setiap tengah malam sambil menatap ke
cermin dan tumpukan perhatian lama-lama.
- Ambil 'tuala wanita' yang telah digunakan dan
letak di dua penjuru pintu bilik air/bilik mandi.
#ok... apa lagi, kalau korang brani korang try
lah yer.. semoga korang berjaya tengok apa
yang korang nak tengok...

Rindu

Bila terpandang gambar dia . Rasa rindu meluap-luap terhadapnya . Hanya allah saja yang mengetahui betapa aku merinduinya . Rindu sangat-sangat dan sangat-sangat kat dia . Hm

Friday, 28 November 2014

Hanya mampu berserah

Sekarang bukan macam dulu . Sekarang semua dah berbeza . Walau sekerap mana pun berfikir tetap sama juga akhirnya . Otak sentiasa mempermainkan perasaan . Fikir itu fikir ini . Hati mula gundah . Mungkin sudah tiba masanya . Hanya mampu berserah .

Saturday, 22 November 2014

This time

Cewahh . Hahaha . Pelat org putih gtu . Biar gambar berbicara . Rindu sangat-sangat . My mistake .

Friday, 7 November 2014

Kita dibesarkan dengan bermacam-macam adat dan pantang-larang. Mari
kita berkongsi pantang larang orang tua-tua dahulu bersama dengan sebab
dan apa sebenarnya di sebalik alasanya. Antaranya adalah:~
Tidak boleh lalu bawah kain jemuran
kerana - nanti pening kepala @ sakit kepala sebenarnya - takut kain jumuran
jatuh. satu hal nak cuci semula.
Tidak boleh makan berpindah tempat
kerana - takut kahwin ramai, sebenarnya - dah satu tempat makan bersepah,
takut sepah tampat lain pulak.
Anak gadis tidak boleh duduk di tangga rumah
kerana - takut lambat jodoh, sebenarnya - payah nak lalu lalang
Tidak boleh meniarap sambil lipatkan kaki ke atas
kerana - takut ayah@ibu meninggal, sebenarnya - akan sakit dada dan kaki
menjadi kebas
Anak gadis tidak boleh menyanyi sewaktu memasak
kerana - akan dapat suami tua, sebenarnya - takut masakan hangus @ tak
sedap
Lepas makan curah sedikit air minum dlm pinggan
kononnya supaya tak kering rezeki, sebenarnya nak basuh pinggan nanti
senang
Tak boleh bertindih pinggan masa makan
- takut kahwin ramai. padahal susah nak cuci banyak pinggan
Bakal pengantin tak boleh berjumpa dalam seminggu sebelum kahwin
- nanti pendek jodoh. walhal nak menambahkan kerinduan antara pasangan
pengantin.
Masuk dalam rumah sewaktu senja
- nanti disorok hantu. Sebenarnya waktu solat maghrib singkat. Takut x
sempat.
Jangan bersiul waktu malam
- takut ular masuk rumah. Sebenarnya suara siul sumbang. Janggu orang nak
tido
Jangan bukak payung dalam rumah nanti ular masuk rumah
- padahal taknak membahayakan orang dalam rumah takut tercucuk payung
Pantang larang orang tua-tua bila membuat tapai :
Masa nak bungkus, x leh bising - takut x masak
Masa nak bungkus, x leh laki ada dirumah - takut x manis dan berair
Wanita datang bulan x leh bungkus - nanti tapai jadi merah.
Masa nak bungkus, muka kena senyum - baru tapai jadi manis
Jika hendak memulakan perjalanan jauh, jangan pusing balik jika tertinggal
barang
- nanti akan mendapat musibah dalam perjalanan.
Jangan memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang,
dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan
- Bagi mengelakkan penganiayaan kepada haiwan.
Kalau pakai inai,jgn bagi ayam nampak..
kerana - x merah la inai..
Jangan mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal
lahir juga akan cacat.
-Agar menjaga pertuturan agar tidak melukakan hati orang lain.
Jangan bergaduh dengan ibu mentua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika
melahirkan anak
-Bagi menjaga kenteteraman keluarga, terutamanya apabila tinggal bersama
mertua selepas melahirkan anak.
Jangan melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau
bermata juling.
-Melihat matahari sewaktu gerhana mampu menyebabkan mata menjadi buta.
Ibu hamil tidak boleh melintas bawah ampaian, nanti anak gagap.
-Disebabkan penyidai biasa rendah, dikhuatiri ibu hamil akan tersendung
dan jatuh, dan boleh membahayakan kandungan
Dilarang (orang lelaki) kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan
-Untuk mengelakkan lelaki berkenaan ditegur makhluk halus ataupun
penunggu busut berkenaan..
Jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul
- Supaya menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak, dan tidak sopan
kalau perkakas yang digunakan untuk melapik kepala diletakkan di bawah
punggung..
Jangan bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang
- Larangan ini untuk mengelakkan bising di rumah, tambahan lagi bergendang
(dengan mengetuk lantai rumah yang dibuat dari papan) boleh merosakkan
barang-barang yang bergantung di dinding yang boleh jatuh dan pecah.
Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata engkau akan buta
(a) Untuk menjaga kesihatan mata supaya tidak menjadi kabur dan rosak
(b) mengelakkan jarum daripada tercucuk tangan
Orang lelaki baru berkhatan tak boleh pijak tahi ayam nanti anunya x
keputihan. -
- sebenarnya tak bagi budak tu jalan jalan kat luar rumah. Bila jalan, lambat
sembuh. Takut terbuka bahagian yang di potong tu ...
Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul.
- Untuk mengelak berlaku tohmahan masyarakat. Selain itu, ia bertujuan
untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam.
Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri...
Jangan tidur di rumah orang lain takut terkena ilmu.
- Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga...
Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya
dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks...
- Terdapat hadis dalam perkara ini...

Monday, 27 October 2014

Rahsia Tangan

FAKTA! 7 RAHSIA TANGAN l Tahukah anda bahawa melalui diagnosis pada
keseluruhan tangan anda, anda boleh mengenalpasti akan penyakit yang anda
sedang lalui. Terdapat lima asas yang anda perlu ketahui melalui jari jemari
kita iaitu jari telunjuk menunjukkan usus, jari tengah menunjukkan jantung,
jari manis menunjukkan imuniti dan jari kelingking menunjukkan rahim atau
tulang belakang.
Kalau anda ingin ketahui rahsia tangan anda, sila teruskan pembacaan dan
anda akan teruja bila mengetahui rahsia tangan sebenarnya. Lepas ni
bolehlah buat penyelidikan pada tangan sendiri.



7 RAHSIA TANGAN

1) Lihat pada ruas jari jemari anda, kalau ruas jari kehitaman itu bermakna
badan anda penuh dengan racun dan toksik. Perkara tersebut juga
membolehkan badan kita mendapat sembelit.

2) Periksa tapak tangan masing-masing, kalau tapak tangan berbintik
maknanya ada masalah angin dalam badan anda.

3) Masalah tapak tangan kerap berpeluh dan lembab menunjukkan badan anda
mudah untuk diserang kanser.

4) Jika perut ibu jari berwarna biri kehijauan bermakna seseorang itu
mengalami masalah resdung, alergi dan penyakit paru-paru. Sekiranya, perut
ibu jari ada urat kehijauan dan kebiruan maknanya anda menghidapi gastrik.

5) Urat biru atau hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang
jari dan betis kaki menunjukkan seseorang itu menghadapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya.

6) Untuk wanita, cara untuk mengetahui sistem dalaman perempuan anda
ialah dengan melihat pada jari kelingking. Kalau jari kelingking anda
meruncing atau bengkok bermakna tempoh haid anda tidak teratur, masalah
keputihan, senggugut dan berkemungkinan rahim anda jatuh.

7) Lihat pada kuku, jika terdapat bulan sabit berwarna putih pada setiap
kuku jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang.
Sekiranya terdapat pada ibu jari sahaja, bermakna anda seorang yang sihat.

Monday, 20 October 2014

Warkah Terbuka Untuk Mak Ayah Yang Sayang Anak.

Anda ada anak gadis.
Umurnya 14 tahun. Tktn 2.
Manis. Sedikit cantik.
B'mana budak lelaki boleh 'tackle' dia ?

Masa di sekolah - dalam dan luar kelas.
Dalam perjalanan rumah-sekolah-rumah
Kecuali mak-ayahnya hntar dia.
Barangkali petang - aktiviti ko-K
Mungkin 2-3 kali seminggu ke tuisyen.
Atau tika aktiviti hujung minggu di sekolah.

Ternyata terbatas. Memang terhad.
Syabas anak anda terkawal.

Tetapi kini tidak lagi. Sepanjang masa
Anak gadis anda terdedah
Hampir anytime
Hampir anyday
Hampir anywhere :
Mana-mana budak, remaja, malah dewasa lelaki boleh hubungi dan berbicara dgn anak gadis anda tanpa anda ketahui. Yes, yes, yes. That's true. Very true.

Sampai ke bilik tidurnya
Sampai jam 12 tengah malam
Sampai boleh berbicara bersemuka
Sampai boleh lontar ayat2 pujuk rayu
Sampai boleh pujuk dia tunjuk semua yg ada pada dirinya termasuk yg sesulitnya
CUMA tak boleh sentuh dan pegang
Tak apa itu lain kali "bisa diatur"

Bagaimana semua boleh berlaku ? Mudah saja. Puncanya kerana "sayang" anak !!

Anak 14 tahun.
Malah ada yang 11, 12 tahun sudah diberikan Samsung, Lenovo, Asus, Oppo, Sony ... malah i-Phone. (Maaf Nokia 3310 tak main la !)
Asal berinternet
Asal berselfie
Asal berFB
Asal berWhatsApp
Asal berWeChat
Asal bertelegram
Asal berinstagram

DAN ASAL MAK-AYAH
Beli telefon pada anak tapi ...
-- tak pernah pantau
-- tak tahu pantau
-- tak ada masa nak pantau

Maka tunggulah saatnya.
Bukan dia pandai2. Tidak.
Dia terikut kawan.
Dia belajar dari kawan.

Lambat laun pasti menyesal
Anak itu kini boleh dan akan:
-- masuk video lucah
-- anak p'puan tengok kemaluan lelaki
-- anak lelaki tengok kemaluan p'puan
-- tonton video lucah tengah beraksi
-- nampak semua jenis aksi
-- seks lelaki sama p'puan
-- seks p'puan sama p'puan

-- terima video dihantar orang lain
-- kekadang dia juga hntr kat orang lain

Itu belum masuk:
-- foto berahi
-- cerita berahi

Anak yg tersangkut fenomena ini
Lupa sasaran.
Lupa pelajaran.
Ditakuti lupa Tuhan.

Bagi telefon KONONnya
-- anak senang contact ibubapa
-- ibubapa mudah contact anak
-- takut ada kecemasan
-- anak nak bicara hal pelajaran dgn rakan
KONON ... itu tidak lagi berlaku kini.

Kalau setelah baca setakat ini
Masih relaks, tak rasa risau, bimbang dan takut anaknya memiliki handphone ... entahlah I'm dumbfounded.

Mak ayah fikir 19 kali sebelum:

- izinkan anak miliki handphone
- berkata "tak apa" anak aku tak camtu

Sayang anak ... kawal
Sayang anak ... tegas
Sayang anak ... renung dalam posting ini

Berhati2lah wahai semua ibu-ibu...inilah dia jerat kuffar untuk merosakkan umat Islam supaya menjadi ZERO Iman....tiada lagi ruh dan jiwa sebagai seorang Mu'min..